Thursday 17 April 2014

ADMIN BARU BAGI BLOG PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKSE

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam pembuka bicara..Selawat dan salam atas junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W , Ahlul Bait , Para Sahabat dan semua muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah...setelah memasuki bulan ke empat persekolahan, barulah blog ini mula beroperasi bagi tahun 2014. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan pihak Panitia Agama Islam dan j-QAF rakamkan kepada Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin Bin Jaafar kerana usaha dan inisiatif beliau, maka terbinanya blog Panitia Agama Islam & j-Qaf  SK. Simpang Empat. Sesungguhnya jasa dan bakti beliau amat-amat dihargai oleh Panitia, tetapi pada tahun 2014, beliau terpaksa berpindah ke SK TANAH LALANG atas kepentingan perkhidmatan. Oleh sebab itulah, blog ini 'terhenti seketika'. Insya Allah , dengan sedikit ilmu yang sempat Ustaz turunkan kepada admin akan admin gunakan untuk menghidupkan semula blog ini.

Apapun.. jutaan terima kasih diucapkan dan selamat menunaikan bakti dan jasa di tempat baru.