Soalan 1
Ustaz,
Apakah Hukum Menyanyi di dalam tandas ?
Untuk menjawab soalan ini, apabila melihat pandangan
kalangan ulamak, mereka memakruhkannya , (Ali bin Abu Thalib ra. memakruhkan membaca al-Quran, sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Daud). Termasuklah menyebut nama-nama Allah di dalam
tandas. Kemungkinan jika nyanyian itu mengandungi asma al-Husna, sudah tentu ia
ditegah dari menyanyikan lagu tersebut di dalam tandas. Begitu juga ulamak
memakruhkan mereka memberi salam kepada mereka yang membuang hajat di tandas.
Sabda Nabi (SAW) :-
إِذَا رَأَيْتَنِي عَلَى مِثْلِ هَذِهِ الْحَالَةِ فَلَا تُسَلِّمْ
عَلَيَّ فَإِنَّكَ إِنْ فَعَلْتَ ذَلِكَ لَمْ أَرُدَّ عَلَيْكَ
“Jika kamu melihat ku didalam keadaan ini, jangan memberi
salam kepadaku, kerana jika kamu lakukan, aku tidak akan membalas salam kamu”
[Riwayat Ibn Majah #346].
Jumhur ulamak memakruhkan bercakap di dalam tandas, maka
termasuklah menyanyi atau terjerit-jerit di dalam tandas. Cuma hadis khas
melarang nyanyian di dalam tandas tidak dijumpai. Wallahu a’lam.
SOALAN 2:
Ustaz, Boleh tak mintak tolong jelaskan dengan ringkas
beserta dalil sedikit berkaitan pelaksanaan ” cara mengambil wudhu` @ tayamum
mengikut mazhab empat ketika:
1. Anggota yang berbalut
2.Anggota yang cedera tapi tidak berbalut
2.Anggota yang cedera tapi tidak berbalut
Dan mintak tolong tarjihkan pendapat empat mazhab..
JAWAPAN:
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
In sya Allah akan kami cuba menjawab sekadar yang mampu.
Ulama sepakat menyatakan bahawa menyapu di atas balutan
kerana patah atau luka ketika berwudhuk atau mandi junub , hukumnya adalah
harus.
Dalilnya :
Saidina Ali bin Abi talib r.a berkata :
انكسرت إحدى زندى فسألت النبي (ص) فأمرني أن أمسح الجبائر
“Salah satu pergelangan tanganku telah patah , lalu aku
bertanya kepada Rasulullah saw (cara bersuci). Baginda saw memerintahkan ku
supaya menyapu di atas balutannya”
(HR Ibn Majah , Dar al-Quthni , dan al-Baihaqi)
Berikut adalah ringkasan hukum menyapu air di atas balutan
ketika berwudhuk / mandi junub :
1. Mazhab Hanafi : Hukum menyapu di atas balutan
adalah wajib dan bukannya fardhu.Hukum wajib ini akan gugur sekiranya sapuan di
atas balutan itu memudharatkan.
2. Jumhur Ulama (Maliki , Syafie , Hanbali) : Hukum
menyapu di atas balutan luka dan sebagainya adalah wajib.Ini kerana seseorang
itu wajib menggunakan air ketika berwudhuk atau mandi junub semampu /
semaksimum yang mungkin.Sekiranya ia tidak dapat berbuat demikian melainkan
terpaksa menyapu dengan air balutan lukanya , maka ia wajib berbuat demikian.
Terdapat syarat-syarat yang mesti diikuti ketika menyapu air
di atas balutan luka :
1. Balutan yang tidak boleh dibuka, yang mana sekiranya
dibuka akan mengakibatkan kemudharatan atau menyebabkan lambat sembuh.
2. Air tidak boleh di sapu pada tempat luka, kerana akan
memudharat / menyakitkan.Sekiranya tempat luka tersebut boleh disapu dengan air
, maka pada ketika itu tidak boleh ia menyapu balutan luka , malah hendaklah ia
menanggalkan balutan tersebut.Begitu juga dengan anggota yang cedera tetapi
tidak berbalut yang mana sekiranya boleh disapu dengan air maka lakukanlah ,
tetapi jika disapu akan menyebabkan kesakitan maka tidak perlu disapu dan wajib
ketika itu dibalut pada tempat tersebut supaya ianya boleh disapu.
3. Balutan itu mestilah tidak melebihi had yang
diperlukan.Iaitu tidak melebihi tempat atau bahagian yang sakit.
4. Hendaklah pembalut itu diletakkan pada bahagian luka
seseorang yang suci daripada hadas besar dan kecil , iaitu setelah mandi junub
atau berwudhuk.Sekiranya ia diletakkan / dibalut pada bahagian anggota pesakit
yang dalam keadaan berhadas , maka ia boleh menyapu balutan tersebut tetapi ia
wajib mengulangi solat berdasarkan kepada pendapat Mazhab Syafie dan
Hanbali.Adapun disisi mazhab hanafi dan Maliki mereka tidak mensyaratkan
balutan itu diletakka dalam keadaan suci dari hadas.Sekiranya ia diletakkan
dalam keadaan berhadas sekalipun , seseorang itu boleh menyapu balutan tersebut
ketika berwudhuk atau mandi junub dan tidak perlu mengulangi solatnya.
Pendapat inilah yang paling logik dan diterima kebbanyakkan
ulama , kerana kebiasaannya kejadian luka dan sebagainya terjadi dalam keadaan
mengejut atau tanpa disangka-sangka.Maka mensyaratkan suci daripada hadas
adalah suatu kesulitan yang bertentang dengan kehendak syarak itu sendiri. (Pendapat
yang rajih)
5. Balutan itu mestilah daripada bahan-bahan yang halal dan
tidak diharamkan seperti sutera bagi lelaki dan sebagainya.Ini adalah syarat
tambahan bagi mazhab Hanbali.
Jumhur ulama dari mazhab Maliki , Syafie dan Hanbali
menetapkan seluruh balutan yang termasuk dalam anggota wudhuk dan anggota mandi
hendaklah disapu dan tempoh yang dibenarkan untuk menyapu balutan tersebut
ialah sehingga luka tersebut sembuh.
Sapuan pada balutan anggota mandi boleh dibuat pada
bila-bila masa ketika mandi.Tetapi sapuan pada anggota wudhuk hendaklah dibuat
mengikut tertib.Sebagai contoh , sekiranya balutan tersebut pada tangan maka
sapuan hendaklah dibuat selepas membasuh muka.
WA
Ruj :
Al-badaie’ , Kasani 1/13
Mughni al-Muhtaj 1/94
Rad al-Mukhtar , Ibn Abidin 1/257
Mughni al-Muhtaj 1/94
Rad al-Mukhtar , Ibn Abidin 1/257
No comments:
Post a Comment